Friday, September 24

Agar-Agar Coklat




Bahan (Lapisan Coklat)
  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo
Cara-Cara
  1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan aduna ke dalam loyang. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu.

Bahan (Lapisan Susu)
  • 10 gm agar-agar tali - basuh dan toskan
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara
  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gual dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...