Thursday, July 1

Kek Kukus Sarang Semut



Bahan-bahan :

  • 7 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 tin (390g) susu manis
  • 3 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan soda bicarbonate
  • 1 sudu teh esen ros
Cara penyediaan :
  1. Hanguskan gula.
  2. Kemudian masukkan air.
  3. Selepas itu masukkan butter.
  4. Biar hingga mendidih. Sejukkan.
  5. Pukul telur hingga kembang.
  6. Masukkan susu dan pukul lagi hingga rata.
  7. Masukkan tepung dan bicarbonate of soda.
  8. Kemudian masukkan gula hangus.
  9. Pukul hingga rata.
  10. Akhir sekali masukkan esen ros.
  11. Tutup loyang adunan rapat2 dengan aluminium foil untuk mengelakkan air/wap kukusan masuk ke dalam adunan.
  12. Kukus selama 1 1/2 jam.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...