Friday, June 4

Cerita Pak Pandir

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada .
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……

=================================================================================

Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…

=================================================================================

Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..


=================================================================================

Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem......


=================================================================================

Pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris, takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir. Alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl. tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!, pak pandir mula gelabah, mak mandeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun…
Pak pandir pun keluar dari keta, orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata – i am sorry. orang putih tu pun kata – i am sorry 2. pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la – i am sorry 3. orang putih tu penin, dia kata – what sorry 4.
Pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab – i am sorry 5. orang putih 2 lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata – i thing this man must be sick(6). pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba – i am sorry 7…..


=================================================================================

Pak pandir: mak andih.. oo mak andih..
Mak andih : ya bang.. awat nya?
Pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas kt dapoq tu..
Mak andih : pisang tak masak lagi bang..
Pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?
Mak andih : ????


=================================================================================

K
etika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:
“Panasnya dalam helikopter ini …”.
Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
“Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”


=================================================================================

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone …
“Wah Pak Pandir …ada handphone …ada coverage ka dekat sini …?”
Jawab Pak Pandir: “Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage”


=================================================================================

P
ak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
“Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya.”
Tanya pegawai kesihatan:
“Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?”
Jawab Pak Pandir:
“Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)…”


=================================================================================

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu …
“Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah…RM20 sahaja.”
Tanya lelaki berkenaan : “Berapa longok semuanya?”
Jawab Pak Pandir : “Semuanya 20 longgok …”

=================================================================================

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti …..
“Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga.. Bolehkah?
Jawab manager : “Cuti seminggu …oklah, saya bagi cuti seminggu.
Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.
Tanya si manager : “Kenapa dua minggu cuti?”
Jawab Pak Pandir : “Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah …

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...