Sunday, June 20

Petua Kecantikan Muka

Mencerah + Menghalus + Melicin ~ KULIT
  • Sebiji tomato + 1 camca teh susu tepung, lenyekkan kemudian gosok perlahan-lahan di bahagian muka dan leher. Lakukan 3-5 kali seminggu.
  • 1/2 gengam kacang hijau + 1/2 gengam kacang dhal, direndam semalaman. Keesokan kisar bahan-bahan tersebut bersama yogurt. Kemudian ratakan pada bahagian muka dan leher, tunggu sehingga kering dan bilas. Lakukan seberapa kerap yang boleh.
  • Sebiji timun dibuang kulitnya kemudian dikisar dan ditapis. Airnya disapu pada muka dan biarkan selama 20minit kemudian bilas dengan air bersih.
  • sebiji sangkuang dan sebiji karot dikupas. Rendam segengam beras selama 3malam. Kesemua bahan dikisar kemudian disapu pada muka selama 20 - 30 minit sebelum dibilas.
  • Sebiji kentang dikupas, kemudian campur dengan telur kuning. Lumurkan pada muka, tunggu sehingga kering kemudian bilas dengan air suam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...